Wednesday, August 28, 2013

. . .al fatehah untuk mu ibu. . .

.. . Awal pagi dikejutkan dengan berita pemergian mak ngah. . .Walaupun da sedia maklum situasi kesihatan beliau,terkedu juga bila mndpt berita.al fatehah buat makngah . .Maafkan ijat n anak 2 x berkesempatan bersama di saat2 akhir mak ngah. . .Biarlah Allah yang tahu apa yg kami tanggung . .Semuga suatu hari nanti kebenaran akan terserlah juga.Kami doakan mak ngah tenang dan damai di sana dan bersama mereka yg beriman. . .Mak ngah yg kami sayangi,tiada lagi telur ayam kampung dan air kelapa muda menunggu kami setiap kali kami menziarahi mak ngah. ..kami akan merindui suara tergagap gagap makngah bercerita . . .kami sedar,tanpa makngah,pasti yang tersayang pun tidak ujud di dunia ini,tapi hendak di apakan. . .Kalau dah busuk hatinya merampas segalanya dari kami.biarlah. . Semoga suatu hari nanti dia akan sedar jua. . Mak ngah,kami sayang mak ngah. . .Selagi ada hayat,doa kami ada buat mu. . .In sha Allah. . .

Tuesday, August 27, 2013

. . .sudah panazzzz. . .

. . .Hujung minggu lalu sikit busy buat mamaijat. . .dimulakan dgn skul ganti yang dah pasti kehadiran murid2nya di bawah 30%. . .so,kem bestari solat yg di adakan hanyalah di hadiri seramai 21 org shj utk thn 1.bergilirlah kami di thn satu ni. . . Mamaijat balik awal cos nak rushing balik AG,menghadiri majlis perkahwinan anakanda ayah angkat.sebelum balik,terima panggilan pemberitahuan mak ngah da x sihat sgt di ppum.tolong sampaikan pesanan kat mr x,minta he gi ziarah. .he baru turun flight from germany.msh jet lag. . Kami akn nyusul lewat ptg @ malam bila no 1 suami isteri sampai nanti.so,bekejarlah kami ke AG.sempat singgah rumah ayahanda bonda sebentar. . .abah x sihat.batuk sesema.siap x bg kami peluk cium bimbang jangkit.then no 2 drove us to ppum.but,tetiba di maklumkan ayahanda mereka da ke sana bersama beloved.so,kami x sanggup menempah bala.kata yg tersayang,drp kita di sakiti biarlah kita doakan ajer,semoga mak ngah di permudahkan.kami singgah makan doyan. . .Deng deng. . Yang mamaijat x sepatutnya ambik dlm kuantity yg banyak. . .Hihihi,lepas hajatje.mlm lepas no 1 suami isteri sampai,kami pekena plak satay hj samuri kat kajang.sakit hati nyer pasal,habis lingkup diet we all.da kenyang,balik tdo. . Esoknya,no1 da merengek2 nk meat ball kat ikea.jom serang. . .Terus ke the curve.ni yg best. . Kiddos belikan mama besday present.baik anak2 mama,kongsi belikan bonia watch for me. . Thanks semua yg tersayang.no 1 and hubby balik,no 3 pun back to sh alam. . No 2 gi badminton match. . Huhu. . .tinggallah ku sendiri. . .Esoknya,da terasa panazzzz. . .Hadoi,ni yg lecheh ni. . Tp bekalan ubat sentiasa ada. . .Alhamdulillah. . .Getting better. . .Huh!!!pengajaran tu. . .Jalan2 n makan2 kena ingat2. . .kikiiki. . Sedar diri ye mamaijat. . .If nk long livelah kan. . .So,rest lagi. . .Ubat pun jgn lupa. . ***teringat kata2 bff ck100%. . hai demam pun nk sehati juga ke. . .Kwang2. . Mana ada janji. . Mana tau orng lain jugak demam. . .Kan!!!!ok,nk sambung rib. . .Daaaa. . .

Friday, August 23, 2013

. . ..tip tap tip tap. . .

. . As salam. . Salam jumaat penuh rahmat,bumi ph ni di curahi hujan. . .wah,cabaran ni nak meninggalkan tempat peraduan. . .Apa pun semoga kehidupan kita sentiasa dalam keberkatanNya. . .ameeennnnn. . .yok,bangun semua,kita teruskan perjuangan.. .teringat lagu . .Tip tap tip tap hujan da turun. . .Tip tap tip tap baju dah basah,mari kita ambil payung . . .Daaaa. .

Thursday, August 22, 2013

. . .happy birthday. . .

. . .Ogos mmg di nanti. . .agenda sambut hari lahir mamaijat dan ayahbonda.yes!!!!bermula dgn besday bonda pd 17 ogos. . .Diikuti 20 ogos for me and today 22 ogos turn ayahanda plak. . .Selalunya kami sambut bersama. . .Mamaijat tumpang jer,kalau potong kek or kenduri doa selamat. . .Kalau mamaijat x der pun bacaan doa tu abah still x lupakan mamaijat@ anak kesayangan dia ni. Hehehe. . .tu yg buat other siblings jelezzzzz. . Tahun ni yang tersayang dah siap2 belikan cake on the 2 nd raya,dan da selamat kami tiup lilin n potong cake. . .Al maklumlah,kali ni x kena ari cuti,so in advancelah gitu. . . Ari ni seusai subuh da called abah. .Wishing him.semoga abah sihat dan bahagia meniti hari2 mendatang. . .Abah ,orang sayang abah. . .

Tuesday, August 20, 2013

. . .sudah ups ler. . .

. . .ari ni mamaijat da naik setingkat!!!sudah 5 series. . .Wo!mahal tu!!! Alhamdulillah.hakikatnya mamaijat bersyukur atas kurniaanNya ini.x terduga akan sampai ke tahap ini. . .Terutama 5 years back. . .Berjuang fizikal dan mental melawan kanser ini,di samping 'family affair'. . .membuat mamaijat x yakin boleh bernafas sehingga kini. Namun,dengan izinNya,mamaijat akhirnya capai juga usia emas ini. . .Wa ka ka. . .Mahal tu!!! Semoga mamaijat terus diberi kesihatan yang baik di samping ketenangan dan kebahagiaan . In sha Allah. . .ameennnn. . .

. . .tq Allah. . .

.. .Alhamdulillah,tq Allah di atas kesempatan ini lagi. . .Masih mamaijat bernafas di bumiMu. . ,diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang sempurna.Semoga mamaijat terus dalam rahmat dan sentiada dalam keberkatanMu lagi,in sha Allah. . .ameennn. . .

Monday, August 19, 2013

. . .welcome back. . .

.. . Alhamdulillah,warga skul,pagi ni kita kembali meneruskan perjuangan. . .mencari ilmu dan memberi ilmu. buat yg di tahun 6,upsr semakin hampir. . .diikuti pmr dam spm...X kiralah peperiksaan sebenar mahupun percubaan.bangun semua,ayuh kita teruskan perjuangan.bangkitlah dan kuatkan tekad memberi yang terbaik untuk diri sendiri ,ibu ayah mahupun negara. . . Semoga segala usaha dan doa restu bakal membuahkan hasil.in sha Allah.jom bangkit. . .

Saturday, August 17, 2013

.....berkurun.....

.....berkurun lamanya dah ku tinggalkan.Kekangan masa ...menyelesaikan beberapa urusan peribadi...ramadan pulak tiba...and at last syawal ....Huh!!!Rindu teramat pada ruangan yang dah beku dan penuh sawang ni...Hi hi hi...Biasalah tu,alasan alasan skema.Biar apa pun,mamaijat teramat rindu untuk menulis.Semoga sinar syawal hadir bersama rasa rajin nak menulis lagi.In sha Allah....Di kesempatan ini mamaijat mengucapkan salam aidil fitri (dah hari ke 10...hik hik hik)....ampun maaf zahir batin di atas segala ketelanjuran berbahasa...dalam berkata kata di laman ini.In sha Allah ada kesempatan mamaijat muncul lagi...daaaaaaa.....

Saturday, June 29, 2013

. . . tahniah. . .

. . .setinggi tinggi tahniah buat anakanda ke tiga mamaijat. . .Hari ni berlangsungnya hari graduasi beliau.Saat n3 ni di tulis,mamaijat bersama mr J,kat dalam dewan besar MSU.Shah Alam.Belum giliran kakak,so mamaijat tahan ngantuk dengan nenulis. . .Hihihi.Yang tersayang yg lain kat luar.Apa daya hanya dua tiket available. . .Perut da keroncong. . .Rasa da beku kat ats kerusi ni.. .Tapi yang best sekali persembahan choir. . .macam2 lagu mereka persembahkan.ok,mari kita nikmati lagu kuch kuch hota hey. . . .Haha ha,rasa sama berlari guling2 kat padang. . .hehehe.

Monday, June 24, 2013

.....cuti.....

.....dan akhirnya keadaan semakin teruk.sebelum ni hanya beberapa tempat di selatan tanahair aje yg dicutikan pelajar2 dari menghadiri skul akibat dari jerebu dan keadaan tidak sihat buat anak2 ke skul...Semalam,dah berlanjutan dan berlarutan ke negeri kami...selangor dan beberapa negeri lagi,antaranya Melaka,Kl dan sebahagian Pahang terutama di Kuantan...Hadoi,anak2 mestilah suka sakan...cuti bermakna rehat bagi mereka.Rehat dari segala pembelajaran ...tapi bagi anak2 yang di exam year...agak2 pun gitu juga ke?????Hurmmm sendiri mau ingatlah.Kalau dah x dapat ke skul,banyak cara yg boleh di guna pakai agar x ketinggalan dalam pelajaran.Eh!malaslah nak bebel...Sib baik no 4 di NS...rasa2nya x dengar lagi ,skul di sana di tutup...Bagi mamaijat,selain dari anak2 x belajar secara formal...parents,terutama working parents lah yang paling pening......Yelah,cuma skul & anak2 aje yg di cutikan...sedangkan office masih beroperasi spt biasa.... So,masalah buat mereka...siapa nak jaga anak2 yang dicutikan tu?????Kwang3....selama ni,ada parents yang anak x sihat a.k.a. demam pun masih di hantar ke skul...dengan alasan x der org jaga...Yelah tugasan guru kini kan pelbagai,termasuk nurse dan pengasuh...dan bila cuti kecemasan begini pasti menimbulkan kekusutan...X yah pikir hal orang mamaijat.... biarlah mereka selesaikan masalah sendiri.Yg ptg,you know how to look after your ownself...Hahahhah...yelah,selain kanser..mamaijat juga menghidap asma a.k.a. lelah a.k.a. semput...dalam situasi gini,pasti dikenakan perintah berkurung...Tapi last night..boss dah whatsapp kat group,nama mamaijat naik kena gi skul siapkan bilik PM untuk kursus Selasa nanti...Hadoi,minta excuse..katanya kerja tu dalam bilik air cond...Whateverlah...so,pepagi tadi mamaijat dah terpacak kat skul...biarpun yang tersayang bising....Nak,mak makan gaji dgn boss....So,berada di skul dgn situasi jerebu gitu ..mamaijat dapat bertahan hanya utk lbh kurang 3 jam...Selain Pn PK 1 push me home...txt dari rakan juga buat mamaijat terus balik..hahahhah....harap boss x marah ye!!Bilik tu pekerja dah bereskan....So,x taulah berapa hari skul akan ditutup.Bagi guru2...masalah juga cos nak menggantikan bilangan hari cuti tersebut...Memasing da mula kira...cuti ganti HR Puasa lagi...hadoi!!!Bagi mamaijat,biarlah keadaan tenang dulu...sesama kita doakan hujan turun untuk mengurangkan kesan jerebu...Semoga doa kita diperkenankan NYA....Amin...