Thursday, February 16, 2012

.....lawak yang tak lawak....


.....Semalam mamaijat terbaca article di bawah......

ha ha ha..gang2 guru...apa pandangan anda?????

Kaji Semula Tempoh Cuti Persekolahan

CUTI sekolah memang menyeronokkan tetapi kepada golongan yang kurang mampu agak membebankan. Saya rasa cuti akhir tahun sejak beberapa tahun ini agak terlalu lama berbanding sebelumnya. Cuti untuk 2012 akan bermula 10 November 2012 dan berakhir 31 Disember 2012. Ini bermakna cuti lebih dari 1 1/2 bulan.
Saya lebih suka kalau anak saya pergi ke sekolah setiap hari bukan saja belajar tetapi dapatlah mereka bertemu dengan rakan serta guru.
 Selain cuti akhir tahun terdapat juga cuti penggal iaitu setiap tiga bulan. Juga akan ada cuti selama 1 hingga2 minggu termasuk cuti peristiwa atau perayaan.
 Cuti perayaan biasanya pihak sekolah akan dipanjangkan dan akan diganti pada Sabtu dan biasanya sekolah ganti pada Sabtu hanya diisi dengan aktiviti padang atau persembahan di dewan saja.
Bagi ibu bapa yang mampu cuti yang panjang ini akan diisi dengan makan angin, tetapi bagi yang tidak mampu anak-anak terpaksa duduk di rumah dan menonton televisyen atau bermain video. Lagipun zaman sekarang ini sudah jarang sangat orang menghantar anak balik ke kampung sebab anak-anak akan bosan duduk di kampung kerana tiada kemudahan seperti di bandar. Oleh kerana ibu bapa terpaksa bekerja anak-anak pula ditinggalkan bersendirian di rumah. Apa yang saya nampak, kebanyakan cuti sekolah ini adalah medan untuk anak-anak melepak, merayau dan berpeleseran di kawasan kedai, taman dan kafe internet (bagi yang tiada kemudahan internet di rumah). Ini akan menggalakkan gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak kerana ibu bapa tidak akan dapat memantau anak mereka setiap masa kerana bekerja.
Saya berharap sangat sekiranya pihak kementerian pelajaran dapat meneliti serta membuat kajian mengenai tempoh cuti persekolahan yang terlalu banyak setiap tahun dan sangat lama itu.
UTAMAKAN PELAJARAN, Kuala Lumpur.

.....Mamaijat pasti ramai gang gelak dalam 'hot' dengan coretan penulis article ni...
**terkenang lagu BDB....'GERAM jangan engkau GERAM.'...

4 comments:

  1. 1st- bila baca artikal ni sy gelak guling2..kelakar sgt2...kalah maharaja lawak.
    2nd-bila sy baca saya rasa si penulis ni ada masalah dlman kot.
    3rt-ibu ni dh xmampu nk gaji baby sitter kot so dia nk cikgu jaga anak dia. bagusnya dpt ibu mcm ni kt bumi Allah nie...nk lepas tnggungjwb....agaknya dia stress bila anak2 dia buat bising masa cuti.....

    sethn cikgu dok jaga ank dia kt sk, cuti sebegitu pn dia xlarat nk jaga anak...so utk org2 mcm ni baik xpyh ada anak..beli je anak patung kt kedai tu....senang.
    Jgn la buat lawak mcm ni whai ibu2 diluar sana.....aduyai....tremo lak sy ni mamaijat...geram!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. .....jom ramai2 kita nyanyi...
      GERAM jangan engkau GERAM.....

      apa dia hengat kita ni pengasuh anak dia ke?
      lagi satu sedap dia ngata kat kg x ade kemudahan t-net..
      ulu banat mana dia ni berasal.....

      betul...x yah beranak....
      kalau x reti nak jaga..
      semua nak harap orang....

      Delete
  2. mmg tah ape2 penulis tu...buat lawak bengong je...mmg die membuka pekung di dada je...nampak sgt die tak leh nk jaga anak2...tak baik hubungan ngan org kat kampung...ape daaa...cuti sek la best...mcm2 blh buat...bkn best utk cikgu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. .....setuju sangat....memang BEST..time cuti!!!

      Delete