Saturday, December 24, 2011

....dalam dilema.....

.....ha ha ha.... menda ni yang buat mamaijat seminggu rehat2 minda & berfikir.... 

 Buang pundi hempedu elak batu karang
 Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

 pundi hempedu turut dibuang bagi mengelakkan daripada terhasilnya batu sekali lagi. 
 Contoh kes : SETIAP kali selepas menikmati hidangan tengah hari, Rozita Amir, 40, akan mengalami sakit seperti senak di bahagian perut. Sakit tersebut memang mengganggu tugasannya kerana ia berlarutan sehingga sejam lamanya. Sangkanya, dia menghidapi gastrik namun setelah pemeriksaan oleh doktor pakar mendapati beberapa ketulan batu bersaiz guli terdapat dalam pundi hempedu Rozita.
 Awas jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, kerana risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu agak tinggi untuk anda. Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Nanda Kumar Rajendram, perubahan hormon dan mendapan kolesterol di bahagian hempedu antara punca mengapa bilangan wanita menghidap penyakit ini tinggi. "Penyakit batu karang hempedu ini juga kerap dihadapi oleh wanita yang mempunyai anak ramai," jelas beliau ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.
 Dr. Nanda Kumar menjelaskan, pundi hempedu menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan pekat yang mengumpul cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. "Apabila seseorang makan, pundi hempedu akan mengembang dan menguncup serta menyerap kandungan kolesterol, lemak dan minyak daripada makanan yang dimakan itu. "Akan tetapi, apabila cecair hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk batu keras yang dikenali sebagai batu karang hempedu. Saiznya pula bergantung, sama ada yang sekecil guli dan boleh jadi hingga sebesar bola golf. "Apabila batu karang telah wujud di dalam hempedu, tiap kali anda memakan makanan yang mengandungi lemak, minyak serta kolesterol, pundi hempedu yang mengembang dan menguncup itu akan terasa sakit," terang Dr. Nanda Kumar lagi.
 Beliau berkata, batu karang hempedu ini mungkin telah bertahun-tahun wujud di dalam hempedu seseorang tanpa disedari. Dan jumlahnya juga mungkin mencecah puluhan biji.
  Faktor-faktor Risiko
 Menurut Dr. Nanda Kumar, antara faktor yang menyebabkan risiko penyakit ini seperti faktor umur, jantina, berat badan dan diet yang berkalori rendah. "Di KJMC, kami mendapati kebanyakan pesakit yang mempunyai batu karang hempedu adalah wanita yang berbadan besar, mempunyai ramai anak dan berumur 40 tahun ke atas. Kebarangkalian individu menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia," tambahnya.
  Simptom-simptom
 Menurut Dr. Nanda Kumar, simptom penyakit batu karang hempedu seakan sama dengan penyakit gastrik. Pesakit akan berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian abdomen. Adakalanya kesakitan itu disertai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan muntah. "Biasanya rasa sakit tersebut akan menyerang selepas 15 minit seseorang makan makanan yang mengandungi lemak atau kolesterol. "Rasa sakit itu pula pada mulanya sedikit dan kemudian senak kronik pada bahagian kanan perut dari ulu hati. Kesakitan biasanya berlarutan selama satu hingga dua jam selepas makan," jelasnya.
 Diagnosis
 Dr. Nanda Kumar memberitahu, disebabkan simptom penyakit ini lebih kurang sama dengan gastrik, maka pemeriksaan teliti perlu dilakukan. Selain itu, disebabkan batu karang hempedu telah wujud sejak bertahun-tahun lamanya tanpa dapat dikesan oleh empunya tubuh, jadi ujian ultra bunyi berkomputer perlu dibuat untuk mengesannya.m hempedu anda.
  Pembedahan
Dr. Nanda Kumar menasihatkan pesakit yang telah dikesan mempunyai penyakit batu karang hempedu untuk membuang pundi hempedu sekali. Ini kerana, pundi hempedu yang pernah menghasilkan batu akan berpotensi untuk menghasilkan batu sekali lagi.
Pembedahan yang amat disarankan untuk membuang batu karang hempedu dinamakan laparoskopik. Caranya dengan menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. "Pembedahan yang dinamakan pembedahan minimal invasif ini hanya melibatkan empat tebukan kecil, dua lubang berdiameter 10 milimeter dan dua lagi bersaiz 5 milimeter. "Prosedur mengambil masa selama lebih kurang sejam dan anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari," ujarnya.

 so....28 time jumpa prof (appoinment canser)boleh dapatkan pandangan beliau.... 
everybody..wish me luck...

4 comments:

  1. Salam mamaijat,

    Moga cepat sembuh.
    Kalau kena buat operation, buatlah.

    Cepat sembuh yaaaa^^

    ReplyDelete
  2. .....Wsalam Dayah....
    (senama ngn no 1 mamaijat..he he he..)

    tq...
    uuurrrmmm..
    kita tenguk dulu camner....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mamaijat:)

    Pe2 keputusannya..biar atas nasihat pakar kan kak..
    Semoga Allah permudahkan segalanya..
    Take care sis!

    ReplyDelete
  4. Wsalam adikku Kartini...
    tulah yang sebaiknya...
    kita berusaha,selebihnya Tuhan yang tentukan...
    tq dik....

    ReplyDelete