Saturday, June 4, 2011

....hari di nanti..

.....4 june..
undangan majlis dari tok lembago..Abd Rashid Mat Din..
bertempat di kg pengkalan,alor gajah..
sempena majlis perkahwinan anak sedara beliau..
juga akan diadakan majlis aqiqah & gathering bagi group SMK SP dan juga rakan2 yang sama waktu & sekawasannya...
hahhahaa..

bagi diri saya..
hari ini terasa sangat2 istimewa...
kalau dahulu Tok Rashid buat gahtering @ reunion yang pertama..
saya x berkesempatan pergi kerana saya bercuti bersama anak2 di Pulau P...
keciwa jugalah..
dengar cerita dari kawan2..
how seronoknya jumpa teman2 lama..
tenguk gambar mereka bersantai2 ..
mengenang cerita lama..
bersama teman2 dari sek rendah...hinggalah teman yang terpisah di usia 17 tahun..
hahhahha...
tergambar semula zaman kenit2...
awal remaja..
dan kini..dah jadi mak bapak orang..
dan yang dah bercucu pun ada..
the size doesn't matter..
yang penting hubungan yang terputus lama dahulu akan tersua..
hahhaaaaa...
i can't wait ..
selama ni tgk foto ..
bicara lewat FB..
x sampai 24 jam lagi kami akan dapat bersua...
kalau yang perempuan..adegan peluk memeluk..
nangis2..sembang2..sampai x ingat dunia..
hahhaha....
yang bawa pasangan hari tu mestilah kena banyak bersabar.....

Tuhan semuga Kau rahmatilah pertemuan ini..
lapangkan,mudahkan & selamatkan lah perjalanan kami..
x kira dari utara..selatan..timur mahupun yang sedia ada di melaka...
rahmati & berkatilah pertemuan ini..
panjangkanlah tali persaudaraan kami..
**manalah tahu ada yang boleh sambung ikatan melalui ikatan berbesan pulak...
hahhhahha...

di hati ku sendiri...
kuat mengatakan..
it's the first & yet the last...
kerana tulah saya sangat2 berharap..
semuga wajah2 yang saya ingin temui akan hadir....
tidak kira teman lelaki..juga perempuan..
dari aliran sains mahupun sastera..
yang sama dari sk rendah..juga yang sama2 di sekolah menengah dari form 1 - form 6..
yang dah selalu di temui..
teman dalam FB...
mahupun yang selama ni diingati pada nama aje...
semuga ada jodoh pertemuan buat kita...

.....dan saya,
mujur ada 'sahabat' ni yang mahu menumpangkan saya dari PH..
kemudian kami akan konvoi dengan rakan di Bangi..
seterusnya berkumpul di Tol S4...sebelum bersama selepas maghrib ke sana...
semuga kami di rahmati Allah ....
perjalanan pergi dan balik..
insyaallah ..
kami akan pulang malam@ pagi tu juga..
kerana ada urusan lain menanti kami the next day....

dan rasa terkilan ini saya dahului..
kerana saya tahu..
2 sahabat baik saya (bagai saudara dunia akhirat ...terutama di ketika saya dalam kepayahan..yang sentiasa membantu)...tidak akan berada bersama saya..
katanya ada undangan lain...
walau apa pun alasan..
i was so regret..
kerana selama ni saya & dia memang nanti2 kan pertemuan selain kami sentiasa bersama ..
tapi hari ini..menyaksikan saya tanpa mereka...
mungkin janggal rasanya..
tapi,yelah..kita kena akur kehendak Illahi..
semuga kedua mereka dapat rasakan getar di hati saya....

Ya Allah..
rahmati & berkati kami...
amin.....

1 comment: